Wednesday, February 9, 2011

hottttt @ panasss!!!

Ifa Raziah
PETALING JAYA: Pelakon Ifa Raziah mencetuskan kontroversi apabila melemparkan perkataan yang agak “panas” kepada seorang pelakon melalui Twitter dan Facebook miliknya pada Sabtu lalu.
Menerusi laman sosial itu, Ifa memanggil pelakon berkenaan sebagai perempuan murahan selain menasihatinya supaya tidak terus menyalak seperti anjing berikutan kenyataan pelakon tersebut dalam rancangan Melodi pada 30 Januari lalu kononnya turut mengaitkan Ifa Raziah.
Kata-kata yang dikeluarkan Ifa Raziah terhadap artis yang dipercayai ditujukan untuk Safura menerusi laman sosial miliknya.
Ifa Raziah yang juga Pengarah Urusan, Zenzoria ketika dihubungi menjelaskan tujuannya melemparkan kata-kata kasar menerusi Facebook dan Twitter miliknya kerana tidak berpuas hati selepas melihat kenyataan artis berkenaan iaitu Safura Ya‘cob berserta keratan akhbar dan gambar mengenai kes mereka yang disiarkan menerusi rancangan Melodi bagi menerangkan kemelut yang melanda mereka selama ini.
“Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya.
“Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai?” soal Ifa.
Jelas Ifa, isu saman menyaman sejak tahun 1998 di Mahkamah Tinggi dan kemudian berlanjutan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2007 sudah selesai apabila Safura diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM500.
Namun menurut Ifa dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada pelakon itu sehingga hari ini.
Menerusi Twitter pula, pergaduhan mulut turut berlaku diantara pengikut laman sosial itu.
Ifa juga turut mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 dan saman malu di Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 terhadap Safura.
“Dia yang memulakan tindakan untuk menyaman saya tetapi kedua-dua saman itu diketepikan mahkamah. Malah dia pula yang diarahkan bayar kos guaman sebanyak RM500. Itu pun masih belum dijelaskan lagi.
“Dan atas dasar profesional, saya tidak pernah beritahu perkara ini di mana-mana akhbar biarpun sudah lebih 10 tahun perkara itu berlalu. Tapi dia dengan mudah cakap masalah di antara kami sudah selesai,” katanya.
Sementara itu, di Twitter yang sama, Ifa turut berbalah dengan beberapa pengikutnya apabila segelintir mereka memberi komen negatif terhadap Ifa berhubung pendapatnya terhadap Safura menerusi laman sosial berkenaan.
“Saya cakap begitu untuk mengajar mereka yang kurang ajar agar menghormati artis dan jangan terlalu merendah-rendahkan golongan artis yang mereka tidak suka.
Safura. Gambar diambil pada tahun 2008.
“Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya,” katanya berang dengan segelintir pengikut Twitter yang melemparkan cacian kepadanya.
Jelas Ifa, dia tidak mahu berdiam diri dan terus dipandang hina oleh segelintir pihak yang gemar merendah-rendahkan martabatnya sebagai seorang artis.
Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyai RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.
Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.
Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.

Sunday, February 6, 2011

is "nya" = "nyeewww"??



ewwww..hhahaha...bnda ni da jadi trend among the teenagers nowadays...xtau la spe yg diorg tiru, mne dtg bnda ni..yg pntng...bnda "eeewww" ni mmg gdik n jijik gle ar...anyway, enjoy diz video...:)

Saturday, February 5, 2011

Veteran askar ramai sakit buah pinggang??

RM29j dibelanja tampung kos rawatan dialisis


KUALA LUMPUR: Kegagalan buah pinggang menjadi penyakit kronik utama mengancam lebih 300,000 veteran tentera di negara ini selepas statistik Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia menunjukkan RM29 juta dibelanjakan bagi menampung kos rawatan dialisis 8,844 penerima bantuan jabatan itu tahun lalu.
Jumlah itu mewakili 72.5 peratus daripada RM40.1 juta peruntukan perubatan JHEV bagi menampung kos rawatan dan perubatan veteran tentera di hospital kerajaan bagi tempoh berkenaan.
Rawatan dialisis adalah proses terapi perubatan bagi memisahkan darah dan racun dengan mengalirkan darah pesakit menggunakan mesin khas yang perlu dilakukan purata tiga kali seminggu dengan setiap sesi menelan kos sekitar RM150.

Pengamal perubatan menyifatkan tekanan ketika dalam perkhidmatan, amalan pemakanan dan perubahan gaya hidup antara faktor penyumbang kepada penyakit itu dalam kalangan anggota tentera.

Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, berkata 11,958 veteran tentera menerima bantuan perubatan tahun lalu membabitkan peruntukan keseluruhan RM40.1 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, RM29 juta digunakan bagi menampung kos rawatan dialisis 8,844 penerima bantuan di hospital kerajaan, membabitkan 6,439 veteran menerima pencen dan 2,405 veteran yang tidak menerima pencen.
“Walaupun RM29 juta bagi menampung kos rawatan dialisis itu termasuk tanggungan veteran seperti isteri dan anak di bawah umur, ia menunjukkan penyakit kronik itu semakin ketara di kalangan veteran. Daripada keseluruhan RM40.1 juta diperuntukkan, RM2.8 juta adalah untuk membeli ubat-ubatan veteran yang menghidap penyakit kronik.

“Antara penyakit berkenaan adalah barah, kencing manis, buah pinggang dan sakit jantung,” katanya kepada Berita Harian sambil menambah walaupun veteran tentera layak memohon bantuan perubatan daripada jabatan itu, termasuk bantuan kerusi, alat bantu pendengaran, kanta mata, alat bantuan pernafasan, implan dan sebagainya.

Beliau berkata, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan tuntutan perubatan di hospital kerajaan sebelum ia diproses jabatan itu yang kemudian membayar kos rawatan dan perubatan atau membeli kelengkapan perubatan dan ubat yang diperlukan di farmasi.

Mengulas statistik itu, Dr N Mahendran dari Hospital Sungai Buloh, berkata penyakit buah pinggang boleh disebabkan stres yang dialami veteran tentera ketika masih bertugas selain amalan pemakanan dan gaya hidup tidak teratur.

“Biasanya amalan pemakanan dan gaya hidup tentera adalah teratur ketika mereka masih berkhidmat. Tidak ramai bekas tentera dapat meneruskan disiplin selepas mereka tamat latihan selain tidak menjaga pemakanan.

“Pengambilan alkohol juga antara faktor menyumbang kepada kegagalan buah pinggang kerana apabila pesakit perlu melakukan rawatan dialisis, bermakna tahap penyakit buah pinggang itu sudah kronik,” katanya.

macam mane nk blog walking dengan mudah..??? :)

Software Percuma: Blogwalking Automatik Cepat dan Bijak
Blogwalking merupakan cara pantas untuk menaikkan jumlah traffik ke blog. Tidak dinafikan ramai bloggers yang bermula dengan blogwalking ini dan sekarang sudah mula dikenali oleh serluruh bloggers di Malaysia. Ya, mereka juga bermula dengan blogwalking.

UNTUK ELAKKAN DARI SALAH FAHAM, SILA BACA K!!
icon razz Software Percuma: Blogwalking Automatik Cepat dan Bijak
Melalui blogwalking, kita dapat memperkenalkan blog kita kepada rakan-rakan blogers lain dan bertukar-tukar traffik. Selain mendapat info berguna dari blog rakan-rakan, kita juga dapat menambah kenalan kita melalui blogwalking.
Dari sini, aried ingin kongsikan 1 software blogwalking automatik yang mudah untuk digunakan dan membantu anda blogwalking secara berjadual dengan lebih mudah lagi. Software blogwalking ini direka oleh bro Edy dari sepaku dan ianya adalah percuma!
Blog Walking Version 1.6
Perisian ini adalah percuma dan boleh di edarkan kepada kawan-kawan.
Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada komputer/laptop anda dan juga laman web anda sepanjang penggunaan perisian ini. Kami telah mencuba dan menguji perisian ini menggunakan antivirus dan tidak ada sebarang virus dikesan.

Laman web: http://blog.sepaku.net

2. Tujuan Software ini
  • Mempercepatkan masa blogwalking.
  • Blogwalking berkala mudah dilakukan kerana mempunyai senarai url.
  • Tidak akan masuk blog yang sama.(Biasanya nama lain dalam shoutbox, tetapi URL sama sahaja)

Cara Menggunakan Software Blogwalking
1. Download software blogwalking ini.

http://www.ziddu.com/download/13681252/blogwalking.rar.html 2. Unzipkannya.
3. Start Sofware ini.
4. Klik Link tersebut dan secara automatik Mozilla Firefox akan membuka windows dan terus ke blog tersebut.





Ada apa dengan megi????


Bahaya megi, semua inilah yang selalu mengisi perut anda ketika anda lapar..renung2knlah...:)

Buku Jingga-Janji manis?

Slot Bicara Rakyat TV1 pada malam semalam telah membawakan satu isu yang mampu membuka mata dan minda semua masyarakat negara ini. Tajuk yang dikupas adalah "Buku Jingga -janji manis?", sangat menarik minat saya untuk mengikuti program berkenaan yang menyaksikan tiga tetamu jemputan Sayed Munawar iaitu seorang pakar ekonomi atau Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan juga Pengarah Strategik PKR saudara Rafizi Ramli.

Menerusi apa yg saya lihat, dengan usia mentah seorng anak muda yang juga maerupakan Pengarah Strategik PKR, saudara Rafizi Ramli, beliau mampu mengwal perbincangn dengan tenang bagi menerangkan hala tuju sebenar penerbitan BUKU JINGGA yang pada dasarnya bukanlah sekadar janji manis, tetapi sebgai satu sumber rujukan bagi menentukan hala tuju malaysia apabila bertukarnya tampuk kempimpinan suatu masa nanti.

Mengulas apa yang diperkatakan oleh saudara Rafizi, sebagai contoh, Kos perbelanjaan maintanence utk highway plus, secara keseluruhannya hanyalh menelan belanja sebanyak 200++ juta sahaja, Namun apabila ianya diswastakan, kos tersebut melambung menjadi 800++ yang jelas jauh lebih besar berbanding kos sebenar. Dengan pendapatan tahunan plus yng mencecah billion ringgit, langkah ini ternyata pada akhirnya hanya membebankan rakyat semula dengan pembaziran yang telah dilakukan.

Panel2 laen juga mempunya hujah tersendiri bagi menegakkn apa yang dirasakan benar bagi pihak mereka. perbincangan ini berlangsung selama satu jam di selangi dengan pertnyaan dari pemanggil untuk dijawab oleh ahli panel.Pada saya, rancangan seperti ini haruslah diberbanyakkan bagi memberi peluang kepada golongan2 tertntu untuk memberi penjelasan berdasarkan fakta terkumpul bagi mengubah perserpsi dan meningkatkatkn prestasi kehidupan masa kini dan akan datang. 

Bagi mendapatkan gambaran lanjut mengenai buku jingga ini, anda boleh mendownload secara free melalui link ini  http://www.ziddu.com/download/13680599/Buku-Jingga.pdf.html

Friday, February 4, 2011

9 wanita yang perlu di jauhi...beware guys..:)

1. Wanita kategori liar. Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka. Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula. Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.




4. Wanita si Bintang. Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai. Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera. Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa. Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya. Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.