Saturday, February 5, 2011

Buku Jingga-Janji manis?

Slot Bicara Rakyat TV1 pada malam semalam telah membawakan satu isu yang mampu membuka mata dan minda semua masyarakat negara ini. Tajuk yang dikupas adalah "Buku Jingga -janji manis?", sangat menarik minat saya untuk mengikuti program berkenaan yang menyaksikan tiga tetamu jemputan Sayed Munawar iaitu seorang pakar ekonomi atau Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan juga Pengarah Strategik PKR saudara Rafizi Ramli.

Menerusi apa yg saya lihat, dengan usia mentah seorng anak muda yang juga maerupakan Pengarah Strategik PKR, saudara Rafizi Ramli, beliau mampu mengwal perbincangn dengan tenang bagi menerangkan hala tuju sebenar penerbitan BUKU JINGGA yang pada dasarnya bukanlah sekadar janji manis, tetapi sebgai satu sumber rujukan bagi menentukan hala tuju malaysia apabila bertukarnya tampuk kempimpinan suatu masa nanti.

Mengulas apa yang diperkatakan oleh saudara Rafizi, sebagai contoh, Kos perbelanjaan maintanence utk highway plus, secara keseluruhannya hanyalh menelan belanja sebanyak 200++ juta sahaja, Namun apabila ianya diswastakan, kos tersebut melambung menjadi 800++ yang jelas jauh lebih besar berbanding kos sebenar. Dengan pendapatan tahunan plus yng mencecah billion ringgit, langkah ini ternyata pada akhirnya hanya membebankan rakyat semula dengan pembaziran yang telah dilakukan.

Panel2 laen juga mempunya hujah tersendiri bagi menegakkn apa yang dirasakan benar bagi pihak mereka. perbincangan ini berlangsung selama satu jam di selangi dengan pertnyaan dari pemanggil untuk dijawab oleh ahli panel.Pada saya, rancangan seperti ini haruslah diberbanyakkan bagi memberi peluang kepada golongan2 tertntu untuk memberi penjelasan berdasarkan fakta terkumpul bagi mengubah perserpsi dan meningkatkatkn prestasi kehidupan masa kini dan akan datang. 

Bagi mendapatkan gambaran lanjut mengenai buku jingga ini, anda boleh mendownload secara free melalui link ini  http://www.ziddu.com/download/13680599/Buku-Jingga.pdf.html

No comments:

Post a Comment